Apabila terpandang si rama-rama, hati terdetik betapa indahnya ciptaan Tuhan. Berwarna-warni, pelbagai bentuk dan rupa, sememengnya sangat unik.
Jom kita kenali beza antara rama-rama dan kupu-kupu
Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.
Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.
Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.
Sumber : Wikipedia
Rama-Rama Guna kaki Merasa Makanan
Mungkin ramai yang tak tau bahawa seekor rama-rama/kupu-kupu merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya.
No comments:
Post a Comment