Home

Tuesday, 23 December 2014

Sarapan menu sihat

Selamat pagi..soalan yang wajib orang tanya pada setiap pagi ialah : dah sarapan ke belum???nak makan ape pagi ni??

haaa... kat sini saya nak kongsi sarapan yang berkhasiat untuk slot sarapan pagi anda. just simple, not heavy and easy for you to make it..


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

=> Sarapan segera yang berkhasiat
=> Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
=> Hidangan segera untuk para atlet
=> Kudapan menarik pada bila-bila masa
=> Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Shaklee MEAL SHAKES merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, MEAL SHAKES mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Siapa yang perlukan MEALSHAKES SHAKLEE?

Basically Ianya sesuai utk semua kanak-kanak terutamanya yang KURANG SELERA MAKAN atau yang sering mengalami SEMBELIT mahupun kanak-kanak yang OBESITI.

Ramai yang confuse, mealshakes hanya untuk kanak-kanak..
Sebenarnya mealshakes SESUAI UNTUK SESIAPA SAHAJA termasuklah golongan berikut:
- ibu MENGANDUNG
- ibu MENYUSU
- pesakit dalam proses pemulihan selepas OPERATION
- mereka yang inginkan kulit yang CANTIK
- mereka yang ingin kekal SIHAT

Dan MEALSHAKES sangatlah dicadangkan bagi mereka yang tak suka suplemen dalam bentuk tablet sebab ianya dalam bentuk SERBUK.

Sedap ker rasa Mealshakes?

Memang best rasa dia, yummy!!!
Buka jer penutup, bau dia semerbak..bau VANILLA COKLAT, eh..VANILLA AISKRIM

Bagi anda yang ingin MENAMBAH atau MEMANTAU berat badan, MEALSHAKES is the best choice for you!


Jika berminat, hubungi sy:
nik nurul shuhada / kedai suppleement ku
Shaklee Independent Distributor [ID No : 886917]
Call / SMS / whatapps : 019-9207368
Email : nns_shuhada@yahoo.com

Friday, 19 December 2014

Rahsia Kulit Cantik

Psssssttt...Hari ni saya nak kongsi satu rahsia kulit cantik, gebu gebas, glowing dan +++.. Ramai yang kita tahu, kulit cantik mestilah dalaman pun kena cantik. Untuk mendapatkan kulit cantik, jom baca tips dibawah :




1. Kebiasaanya, kulit gelap dan perubahan warna kulit adalah disebabkan oleh sinaran matahari. Sapukan pelindung sinar SPF tinggi sekurang-kurangnya 30 SPF. Pakar dermatologi bersetuju SPF 15 tidak mencukupi kerana sinar UVA dan UVB masih bisa menembusi kulit anda. You want 98% or more of the sun’s rays to be blocked.

2. Kulit lelaki adalah 25% lebih tebal daripada kulit perempuan. Ini penting untuk dipertimbangkan apabila memilih produk rawatan pemutihan. Kulit lelaki tidak begitu sensitif atau terdedah kepada jangkitan seperti kulit perempuan, maka mereka dapat bertolak ansur dengan bahan-bahan pemutihan kulit yang digunakan. Lelaki juga biasanya mempunyai kulit berminyak berbanding wanita.

3. Usah lupa mengamalkan pupur bagi menghidrat dan membantu mencerahkan ton kulit tidak sekata dan perlahan-lahan mengurangkan parut jerawat lama dan kesan UV matahari. Bukan sahaja mencerahkan kulit, bahan-bahan semula jadi yang terkandung di dalamnya melembutkan semua jenis kulit.

4. Campuran jus lemon dan madu boleh dijadikan ramuan sendiri untuk rawatan di rumah. Ratakan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bersihkan wajah dengan air separa sejuk. Jika anda mempunyai kulit kering, sapukan campuran jumlah yang sama antara jus timun dan madu pada wajah dan badan selama 15 minit. Kemudian cuci bersih.

5. Lakukan pengelupasan kulit sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Skrub dan produk pengelupasan membantu membuang sel-sel kulit mati pada permukaan kulit dan memberi kulit nafas yang baru. Pengelupasan juga membantu mengembalikan kulit ideal sekiranya kulit anda lebih gelap dari asalnya.

6. Bersihkan wajah dengan pencuci muka khas untuk mencerah sekali gus membersihkan kulit sebelum aplikasi produk pencerahan lain. Sebaiknya amalkan rutin penjagaan dan rawatan pencerahan daripada rangkaian penuh produk jenama pilihan anda supaya efek yang diingini bisa dicapai. Minta nasihat pakar jenama sebelum membeli produk terlebih dahulu.

7. Kulit mengambil masa agak lama untuk menampakkan hasilnya, so be patient! Bergantung kepada tahap kerosakan kulit anda, mungkin ia hanya mengambil masa beberapa bulan atau memakan tahun lamanya. Jika anda mahukan efek segera, apa kata berjumpa pakar dan dapatkan rawatan pencerahan di spa.

TIP: Jika anda mahu kulit lebih cerah, jadi rule-of-thumb adalah dengan memakai pakaian yang lebih gelap daripada ton kulit anda. Jika memakai yang banyak warna putih, pic dan kuning, ia hanya membuatkan kulit kelihatan lebih kontras dan gelap. Bagi wanita, cuba oles gincu gelap atau warna mata yang membezakan kulit anda. Fokus hanya pada wajah sama ada mata atau bibir supaya tidak overdo and clown-like.

Sumber : www.eh.com. klik link tu, anda boleh dapatkan lebih banyak tips untuk cantik

Wednesday, 17 December 2014

Khasiat Bawang Putih

haaa....pernah tengok tak, kat kedai-kedai banyak jual jeruk bawang putih??? Selain boleh dibuat jeruk, bawang putih juga dimakan mentah-mentah ataupun digunakan dalam masakan.. Kalau memasak guna banyak bawang putih, memang sedap dan lazat masakan kita. 


Bawang Putih  juga digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah. Ia mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.

Tapi hari ini, saya nak kongsi RAHSIA mengapa artis-artis korea kulit dieorang sangat cantik, gebu dan putih bersih.. haaa.. sebab dieorang makan BAWANG PUTIH (garlic) hari-hari. Dieorang makan mentah-mentah je tau.. 

Secara jujurnya, nak makan mentah-mentah bawang putih tu, memeng tak tertelan la ye..Nasib baik la SHAKLEE ada menyediakan supplement GARLIC untuk kita semua.. Apalagi kawan-kawan, jom kita sama-sama cantik macam gadis Korea ni..hihi..Setiap tablet Shaklee mengandungi 500mg  bawang putih. Jadi sehari mesti telan 2 biji Garlic (after heavy meal)

Antara ciri2 bawang putih adalah ia bersifat anti oksidan yang sangat kuat, anti bacterial dan antiviral. Dan yang saya tahu Garlic memang bagus untuk detoks cuci darah. 

Sebab tu kalau siapa2 yang ada masalah jerawat silalah ambil Garlic ni yer. Melainkan korang boleh kunyah bawang putih mentah sehari 7 ulas..hihi..Pengsannn.. Kalau takde masalah jerawat pun tak salah nak ambil Garlic Complex. Macam saya cakap tadi Garlic Complex banyak khasiatnya. Takkan taknak kulit mulus gebu glowing macam orang korea.. kan kan kan..


Bagi yang berminat untuk mencuba supplement GARLIC, boleh hubungi saya :
Call/ SMS : 019-9207368 (Shuhada)
Independent Distributor Shaklee : 886917
Email : nns_shuhada@yahoo.com

Monday, 15 December 2014

Penapis Air Terbaik : Get Clean® Water Pitcher


Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.
Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.
Marilah kita meraikannya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
Pilihan Bijak!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Thursday, 11 December 2014

Tips awet muda untuk hot mama

Sumber Vitamin C boleh anda perolehi daripada buah-buahan segar terutamanya oren, sayur-sayuran hijau, brokoli, atau supplement sebanyaka 1000mg sehari. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tubuh, mengurangkan risiko kanser, dan melindungi tubuh dari bahan pencemaran.



Siapa yang memerlukan Vitamin C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan. 
Manfaat Utama
1. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Berminat minat untuk mencuba Vitamin shaklee??
Nik Nurul Shuhada / Kedai Supplement ku
Shaklee Independent Distributor [ID No : 886917]
Call / SMS / whatapps : 019-9207368

Wednesday, 3 December 2014

Tip Mengekalkan Kelembapan Kulit

1. Minum air kosong sebanyak lapan hingga sepuluh gelas sehari bagi mengekalkan kelembapan kulit.

2. Cuci muka dengan air bersih sebelum tidur. Jika muka tidak dibersihkan, kotoran dan bakteria pada muka boleh menyebabkan jerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Pastikan muka anda dibersihkan sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Setiap kali selepas mencuci muka, amalkan menggunakan penyegar (toner) disusuli dengan krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah.

5. Apabila keluar rumah, jangan lupa untuk lindungi wajah dengan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit dari terbakar.